This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 18 May 2011

Berapa sisa umur kita ?

Mengenang pada kisah yang telah aku post sebelum ini iaitu hulurkan tangan ringankan beban, (tpi post ni aku still letak atas sbb sedang digunakan untuk usaha mencari dana tersebut ) terbayang aku pada persoalan yang cukup penting dalam hidup kita. Jadi eloklah rasanya persoalan ini dikongsi bersama bagi sama-sama menginsafi akan diri sendiri. Tatakala kita orang yang muda sering sibuk dengan urusan dunia pernahkah kita terfikir sejenak berapa lama lagi kita dengan dunia ini???Berapa sisa umur yang ada pada diri kita sekarang sebelum menemui ajal.

Tak ada seorang pun yang mengetahui berapa sisa umurnya kerana hal itu merupakan rahsia Allah. Kematian tak dapat dijangka dan diketahui bila waktunya. Seseorang yang sudah uzur dan berpenyakit belum tentu meninggal dunia lebih dahulu daripada seorang pemuda yang gagah dan sihat badannya.

Khalifah Umar  bin Khattab r.a pernah diingatkan oleh seorang bendaharawan negara tentang umur ini.
Suatu ketika anak Umar bin Khattab sambil menangis memberitahu kepada beliau bahawa teman-teman sekolahnya mengejek-ejek kerana bajunya penuh dengan tampalan. Ketika Umar bertanya apa yang terjadi, si anak menberitahu bahawa teman-temannya membilang-bilang jumlah tampalan di bajunya sambil berkata :
"Lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal seperti ini ".
Mendengar cerita anaknya Umar bin Kattab merasa sedih lalu ditulisnya sepucuk surat kepada bendaharawan negara untuk meminjam wang sebanyak 4 dirham. Sebagai jaminan Umar menawarkan bendaharawan memotong gajinya di bulan hadapan. Membaca surat Umar tersebut bendaharawan negara mengirimkan surat balasan yang berbunyi : "Wahai Umar, adakah engkau telah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana jika engkau mati sebelum engkau melunaskan hutangmu ? Apa yang engkau perkata terhadap hutangmu di hadapan Allah ?”. Membaca surat bendaharawan itu Umar bin Khattab menangis, lalu beliau menasihati anaknya :" Wahai anakku pergilah ke sekolah sebagaimana biasa, kerana aku tidak dapat menngetahui umurku walaupun sejam lagi."

Semoga kita dapat memanfaatkan sisa umur yang ada untuk meningkatkan kualiti ibadah dan menyiapkan bekal sebaik-sebaiknya sebelum menghadap Allah swt.
Rasulullah Saw bersabda  yang bermaksud :
Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan umur yang panjang itu dia gunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat  manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang tetapi umur panjang itu mereka gunakan untuk membuat kejahatan dan kerosakan-kerosakan saja ( HR. Ahmad)
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan kembali apakah amalan-amalan telah kita bekalkan untuk kehidupan selepas mati kelak. Sementara masih ada ruang dan peluang untuk terus hidup di dunia sama-samalah kita berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan semaksima mungkin. Wallahua'alam

Hulurkan Tangan Ringankan Beban....

Assalamualaikum…selamat bercuti dan selamat semuanya….semoga cuti pd hari ini dapat di guna kan dengan sebaik mungkin…yerlah bukan selalu kita ada masa untuk relex-relex dan bersantai bersama family dan orang yang tersayang…mana tau mungkin ini hari selasa terakhir bagi kita…apa-apa pun semuanya terletak di tangan tuhan..
hari ni aku dengan rendah hati nya nak minta tolong jasa baik pengunjung sekalian terutama rakan2 yg mengenali aku…cerita nya macam ni…ada seorang hamba ALLAH yg lbih d knali dgn pggilan k.su,…dye ni keje kt dewan mkn asrama sk0la kmi d klang....mse kmi d sne dye slh s0rg yg bnyk mny0kong kmi....
pde awal thn ni dye tlah didapati m'hidap pyakit buah pinggang yg tr0k....stahu aku pyakit ni  dlm kateg0ri pyakit yg kr0nik...jdi dye memerlukan rwatan yg b'terusan yg m'gunakan k0s yg ckup bnyk....stakat ni dye jlani rwatan dialisis 3x dlm sminggu...k0s nye dlm RM150 1x....jdi jumlah sminggu dye perlu dlm RM500 bgi k0s rwatan....so, aku yakin dengan sumbangan2 yg xsberape dri kte dpt bntu ringankan beban dye....yerlah korang tahu lah kan ada diantara kita ni bukan datang dari golongan orang berada…
mungkin hari ni hari dia mana tahu esok lusa hari kita pulak….dan jangan kita aspect hidup kita selalu cerah, langit pun x selalu cerah dan ada kalanya ia akan mendung..
aku pun nak bagi tahu lebih specific pasal ni x dapat sebab aku pun segan nk tnye dye bnyk tk0t ganggu prasaan dye klo tnye lbih detail…k.su ni pun agak rapat dengan aku ngn mmbe2 len dan selalu jugak kt0rg p umh dye…tapi x sangka la dalam ceria dia terselit sedikit masalah…
dan aku sebagai bkas plajar d tempat yg prnah dye b'khidmat rasa bertanggungjawab jugak lah untuk membantu dia….jadi mari lah sama-sma kita ringankan tangan dan hilangkan beban k.su ni…dan ingat lah derma lah seikhlas mungkin..dan ini bukan paksaan…
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah swt. akan menambah kemuliaan kepada hamba-Nya yang pemaaf. Dan bagi hamba yang tawadhu’ karena Allah swt., Allah swt. akan mengangkat (derajatnya). (Muslim; Misykât)
dan sesungguhnya Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

 Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?”  “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”(Muslim)

kepada yang sudi silalah hulurkan bantuan dan semoga dengan bantuan kalian beban yang di hadapi oleh hamba ALLAH ini berkurangan… 

no akaun maybank : 158248363398
di atas nama MOHAMAD FIKRI BIN SHAHRUDDIN
no telefon : 0135385549

entry ini aku buat pun tanpa pengetahuan K.SU yang mengalami masalah tu…inyasaallah aku akan bank in hasil derma korang kat akaun dia…
kepada yg tidak  mengenali aku pun k0rg pun boleh la hulurkan sedikit bantuan...


akhir kalam, segala sumbangan ikhlas dari anda sume aku ucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN KATHIRA....

Tuesday, 17 May 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

BAITULLAH
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."