This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 30 December 2011

Mana lebih bahaya, antara himpunan tahun baru dan demonstrasi jalanan

Tahun baru bakal menjelma lagi. Serentak itu perhimpunan untuk menyambut ketibaannya sedang rancak diatur pelbagai pihak. Acara paling tidak dilupakan di setiap majlis sebegitu ialah pertunjukan hiburan dan pesta-pestaan.

Itu lah hakikat yang sangat mendukacitakan kita. Ketika masyarakat dilanda kebimbangan berhubung keruntuhan nilai moral dan peningkatan gejala sosial, terutama di kalangan remaja, di manakah kewajarannya untuk kita terus membiarkan gaya hidup bebas dan terbabas mewarnai masyarakat kita?

Perlu diingat, kebanyakan budaya hidup merosakkan yang menular di kalangan remaja kini berlatarbelakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. Kita boleh meninjau budaya-budaya kuning seperti Black Metal, Skinhead, Punk, Hip Hop, Grunge dan sebagainya. Kesemua mereka tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti meminum arak, dadah, pesta muzik dan seks bebas.

Menyambut ketibaan tahun baru dengan perhimpunan yang menyajikan hiburan dan pergaulan bebas bagaikan menyediakan medan terbaik bagi golongan seumpama ini menyempurnakan tabiat buruk mereka. Ia malah turut memudahkan budaya buruk itu berjangkit dan merebak di dalam masyarakat.

Berdasarkan pengalaman lalu, acara sambutan tahun baru banyak mendorong anak muda kita hanyut dalam kehidupan bebas dan terbabas. Keasyikan berhibur dan berfoya melupakan mereka kepada akar umbi sebagai bangsa Timur, apatah lagi jika nak dinilai berdasarkan nilai agama Islam.

Kita sebenarnya telah mewarisi budaya hidup cukup murni dan boleh dikatakan sempurna dalam konteks melahirkan insan yang beradab dan berbudi pekerti mulia. Malangnya warisan itu dipunahkan oleh kita sendiri dengan membiarkan budaya asing menguasai kehidupan kita.

Sebagaimana sedia dimaklumi umum, beberapa lokasi di ibu negara seperti Bintang Walk, Dataran KLCC, Dataran Merdeka dan Bangsar sering menjadi tumpuan warga kota, terutama kalangan anak muda berpesta di setiap perayaan. Namakan saja, sama ada sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Krismas, mahu pun tahun baru, lokasi-lokasi itu tidak akan ketandusan manusia.

Amat mendukacitakan, ia dipenuhi pasangan remaja dengan lagak bebas dan terpesong. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dengan berpeluk-cium tanpa segan silu, saling tak tumpah gelagat remaja Barat yang kita lihat menerusi kaca tv. Kelakuan sebahagian mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan dan sensitiviti orang lain yang turut berada di situ.

Disko, pub dan bar dipenuhi orang ramai, kebanyakan remaja. Mereka meminum arak serta membuat aksi yang bertentangan nilai keagamaan dan norma ketimuran. Ada remaja yang terpaksa dipapah rakan-rakan dalam keadaan mabuk, termasuk remaja perempuan yang diusung teman-teman lelaki. Tidak sukar kita menelah apa yang berlaku selepas itu, bukan?

Keadaan itu turut mendorong kepada beberapa penyakit sosial lain, seperti pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang membahayakan nyawa pengguna lain, pergaduhan, laku musnah, perogolan dan seumpamanya.

Pernah dilaporkan media dua kumpulan remaja saling berbalas serangan di awal pagi tahun baru selepas terlibat dengan pertelingkahan semasa menghadiri satu perhimpunan menyambut kedatangan tahun baru di sekitar ibu negara.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang terkenal dengan adab dan sopan-santun. Sepatutnya dalam bab sebeginilah para pemimpin negara perlu berteriak, ini bukan budaya kita Betul, tak?

Masalahnya, perhimpunan seumpama ini tidak pula digema-riuhkan sebagai perhimpunan haram di sisi undang-undang negara. Dalam beberapa keadaan, ia bukan sahaja dibenarkan kerajaan, malah disediakan lokasi atau tempat paling sesuai untuk keselesaan peserta.

Pihak berkuasa tempatan dan polis bukan sahaja memberikan mereka permit untuk berhimpun, malah segala bentuk kerjasama menjayakannya. Media massa turut mengiklankannya bagi menarik kehadiran orang ramai.

Dalam sebilangan acara, ia malah turut dijayakan para pemimpin tertinggi negara dan negeri. Kelibat polis di simpang dan jalan raya menuju ke lokasi majlis itu bukan untuk mengadakan sekatan, tetapi bagi melancarkan perjalanan peserta.

Di lokasi perhimpunan pula, kehadiran polis bukan untuk menyurai hadirin dengan lontaran bom asap atau pancutan air berasid, tetapi bagi memastikan aturcara dibauri maksiat dan keruntuhan moral itu berlangsung dengan lancar.

Itulah gambaran persepsi songsang tentang nilai moral dan akhlak masyarakat kita sekarang. Perlu diingat bahawa moral dan akhlak menjadi teras bagi tamadun sesuatu bangsa. Dalam keadaan yang ada kini, apa lagi yang boleh kita banggakan dengan tamadun bangsa kita?

Isu gejala sosial dan keruntuhan akhlak sangat berleluasa dalam masyarakat terutama di kalangan remaja. Satu fenomena jelas di kalangan mereka ialah kegilaan kepada hiburan dan gaya hidup bebas.

Apakah kita dalam suasana yang sangat gersang hiburan dan pesta-pestaan sehinggakan memaksa kita menganjurkan sekian banyak perhimpunan untuk bersuka-ria setiap adanya perayaan atau sambutan? Tidak cukup lagikah lambakan hiburan dipaparkan media berbagai saluran saban malam yang boleh ditonton di rumah masing-masing?

Mengambilkira kesan jangka panjang perhimpunan dan pesta seumpama ini kepada keruntuhan moral dan jatidiri rakyat, ia sepatutnya dijauhi atau ditegah. Pihak berkuasa tempatan, polis dan jabatan agama sebagai agensi kerajaan sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam membasmi gejala merosakkan ini.

Kerosakan akhlak dan keruntuhan moral sebenarnya jauh lebih bahaya daripada kerosakan harta benda, lebih bahaya daripada sekadar kesesakan jalanraya beberapa jam. Ia merupakan ancaman paling menakutkan kepada masa depan negara dan sepatutnya dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Mengapa? Kerana, majoriti golongan dirosakkan perhimpunan hiburan itu adalah remaja. Suka atau tidak, perlu diakui bahawa hanya pada mereka kita mampu sandarkan harapan untuk menerajui dan mencorakkan negara di masa depan.

Kita tidak akan mampu menongkat langit dan hidup seribu tahun. Selepas ketiadaan kita, mereka inilah bakal mewarisi teraju masyarakat. Baik atau bobrok, itulah pemimpin masa depan. Maka, jika kita yang bertanggungjawab merosakkan mereka hari ini, jangan salahkan mereka jika di belakang hari nanti negara punah-ranah di tangan mereka.

Menurut ajaran Islam, corak kehidupan rakyat sesebuah negara banyak bergantung kepada cara hidup para pemimpinnya. Jika pemimpin mabuk arak, apa peliknya rakyat mabuk dadah, pil kuda, arak dan samsu? Jika pemimpin menyeleweng, merasuah dan menyalah guna kuasa, bagaimana mahu dibanteras penyakit itu dalam masyarakat?

Sama juga, jika para pemimpin turut serta menjayakan acara yang mendorong rakyat untuk bebas dan terbabas, sampai bila kita akan dapat mengubati penyakit moral dan gejala sosial mereka?

Sehingga kini telah berbuih teguran ini diperkatakan. Namun ia bagaikan hinggap di telinga yang pekak badak. Dasar liberal dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional nampaknya masih tidak dapat menerima perkara ini sebagai saham kepada kerosakan masyarakat.




Barangkali rakyat tiada pilihan jika mahu memperbetulkan kepincangan sosial ini, melainkan sama-sama kita bersepakat menunjukkan BN pintu keluar pada pilihan raya umum nanti!

Thursday 29 December 2011

Surat Rasmi ~~ Cara minta kahwin lagi

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Monday 26 December 2011

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Thursday 10 November 2011

Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Menantunya - Panduan suami isteri - Jadikan Iktibar !!!

Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)


"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Sunday 4 September 2011

Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini? – BH


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Sunday 31 July 2011

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Karim
Assalamualaikum w.b.t.....sedar atau tidak kita semua telah masuk ke bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan....Kita dianggap bertuah kerana berpeluang dan diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang mulia ini sekali lagi....Alhamdulillah..=)


Oleh itu, marilah sama2 kita bukan hanya sekadar menyambut kedatangan bulan Ramadhan sahaja tapi kita perlu sama2 untuk menghayatinya...Kalau ckp sambut mungkin sume boleh lakukannya dgn sekadar puasa di siang hari....Tapi yang pentingnya ialah kita mestilah menghayati bulan Ramadhan ini dengan merebut kelebihan2 yg ada pada bulan yang mulia ini....

Mungkin ada yang terfikir apa yang boleh kita lakukan selain berpuasa di siang hari dan solat tarawih di malam hari.....Pada pendapat saya, inilah saat terbaik untuk kita memulakan suatu langkah perubahan. Peluang dan kesempatan ini hanya datang sekali setahun, jika bulan2 lain anda sukar untuk melakukan perubahan, ambillah kesempatan ini dan janji-janji Allah yang ada pada bulan yang mulia ini...

Apa azam Ramadhan kali ini ye???
Bagi saya kita kena letakkan satu azam agar Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....Sebagai contoh, jika tahun lepas setiap hari tarawih kita hanya setakat lapan rakaat, maka pada tahun ini kita berusaha agar tarawih hingga dua puluh rakaat....Jika tahun lepas solat fardhu hanya di rumah, maka pada tahun ini kita cuba untuk berjemaah di masjid....dan banyak lagi contoh yang lain...

Semua ini boleh kita lakukan dengan syarat kita perlu ada cita-cita dan keinginan yang tinggi untuk berubah...
Jika di bulan yang mana pintu rahmat Allah dibuka seluas-luasnya ini kita tidak mampu untuk mengubah diri anda, lebih sukar untuk kita mengubah diri di bulan-bulan lain....Wallahua'lam...

Friday 29 July 2011

Mesin Taip ???

mesin taip??
Al Kisah berlaku pada sepasang suami isteri yang tinggal di satu kawasan perumahan. Si suami yang bekerja tidak tentu masa sebagai seorang pemandu lori jarang sekali dapat bertemu dan bermesra dengan isterinya. Manakala isterinya yang tidak bekerja itu setiap hari banyak menghabiskan masa bersembang dengan jiran-jiran perempuan yang sama-sama tidak ada kerja. Apa yang istimewanya pada pasangan ini ialah mereka membuat satu kod rahsia sekiranya mereka hendak melakukan hubungan suami isteri iaitu dengan istilah "mesin taip"Apabila si suami berkehendakkan pada isterinya maka dia akan memberi tahu pepatah itu kepada isterinya. Ceritanya berlaku pada satu petang yang damai bilamana si suami yang baru pulang dari bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari majikannya yang dia perlu segera menghantar satu barang penting walhal pada masa itu juga dia benar-benar mahu bermesra dengan isterinya. Si suami melihat jam di tangan. "Hai setengah jam sempat lagi ni ...." bisik hatinya. Si Suami pun segera mencari isterinya di rumah. Tapi malangnya si isteri sedang asyik berbual dengan jiran-jiran di rumah sebelah. Si suami pun menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun itu memanggil isterinya dengan bersama pesanan. Anaknya pun segera pergi mendapatkan emaknya dan terus menyampaikan pesanan dari ayahnya itu. "Emak..., abah kata dia hendak mesin taip...." kata sikecil itu petah. "Nak mesin taip...??? Nantilah cakap sama abah nanti mama balik bagi mesin taip tu yaa...!!" sahut si isteri pada anaknya yang sudah mengerti hajat suaminya itu. Tiga empat orang jirannya yang sama-sama bersembang itu berpandangan sesama sendiri kehairanan. "Eh..., sejak bila pulak suami awak jadi penulis. ? tanya salah seorang darinya. "Ler...orang sekarang ni dah guna komputer, mana main mesin taip lagi..."sampuk seorang lagi yang sama-sama tidak memahami apa-apa. Si isteri itu hanya tersengeh-sengeh malu. "Dahlah...kita sambung cerita kita sikit lagi....!" balas si isteri mengalihkan cerita. Si isteri rupanya masih belum puas lagi bersembang dengan rakan-rakan jirannya itu. Kebetulan masa itu mereka sedang asyik berbual satu tajuk yang panas. Si isteri mahu menghabiskan dahulu tajuk panas yang sedang mereka bincangkan itu sebelum pulang memberikan apa yang dihajati oleh si suami. Hampir dua puluh minit baru si isteri itu pulang ke rumah dan cepat-cepat menghampiri suaminya yang nampak sudah bersiap-siap untuk pergi memandu. "Laa kata nak mesin taip....???" "Mesin taip apa lambat sangat..., aku dah Tulis Dengan Tangan.!!!" Bagitahu si suami dengan muka yang masam kelat meninggalkan si isteri yang tercengang-cengang.

Thursday 28 July 2011

MR PRIME MINISTER DO YOU HEAR THE PEOPLE SING?

To:MR PRIME MINISTER OF MALAYSIA


First there were 2,500.
Then there were 18,000.
Now there are 30,000.
Tomorrow there will be more.
The day after even more.

Mr. Prime Minister,

Do you hear them?
Do you hear the people sing?
Do you hear the song of angry men?
Do you hear the music of the people who will not keep silent any more?
Do you hear the beating of the people's hearts?
The beating of their hearts for justice is louder than the beating your police can give.

Mr. Prime Minister,

Do you see them?
Do you see the people's tears?
Do you see the people in a sea of yellow two kilometers long?
Do you see the tears on their faces?
The tears from their cry for democracy are more than those your tear gas can cause.

Mr. Prime Minister,

Do you feel them?
Do you feel the people's force?
Do you feel the strength of the people who will not be marginalized and oppressed any more?
The strength of their resolve for equality is more than the force of your water canons.

Mr. Prime Minister,

Do you know them?
Do you know the people's dream?
Do you know the dream of the people for justice, equality, liberty and the pursuit of happiness?
The power of the people in their thirst for justice, is stronger than the brute force you can ever muster.

Mr Prime Minister,

Do you hear the people?

Saturday 23 July 2011

Wanita itu cantik...

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
 
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
 
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
 
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
 
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya.
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...

erm...alhamdulillah dpt j0in segmen lagi....=)
kali segmen dgn cik lulu caldina....


ni 1st time aku terjah blog cik lulu....
so, sape bru tg0k blog aku rjin2 la follow ye....haha
tpi aku fan manchester united....haha...sori ye cik lulu....=P
"glory2 man utd"

Hindari kegelisahan

Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd. Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd: "Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang." Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama ialah ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua ialah  kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah. Ketiga ialah kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu." Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali. wallahu a'lam..

Friday 22 July 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER


I folllowwwww......(tu salleh yakub la)....haha
ni org len....bkal challenge salleh yakub yg full kouta tu....=P
tpi sblum tu aku kne r cri follower rmai2, bru aku bley ade bnyk plihannn.....kan kan kan....haha
mlwak je, tp klo btul pe slh nye.....
jom2 follow bl0g aku rmai2....haha

Wednesday 6 July 2011

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari                    
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Sunday 3 July 2011

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya......

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
berjawatan tinggi di sebuah bank.
Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek
untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.
Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
 
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam"
jawab lelaki itu dengan jujur.
BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun.
Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan
bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

 
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya
keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah
bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
 
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
 
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.
Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai
contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
 
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin
mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Wednesday 15 June 2011

" Segmen Bujang dan Sakura : Kami Tak Lupa Diri "

 


RUKUN ISLAM 5 perkara:

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat lima waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji di Mekah
(bagi yang berkemampuan)

RUKUN IMAN 6 perkara:

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3.Beriman kepada kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada qada' dan qadar

aku nk tag dye ni hamid karzai blogger mude dlm pembikinan...haha

Friday 10 June 2011

SEGMEN : Jom kenal blog saya ...

Assalamualaikum....

 

selamat datang ke bl0g aku yg xseberapa.....haha...aku ni blogger baru....jdi p0st2 nye xde yg mnarik cm bl0gger len yg hbat.....jdi lebih kurang tu mntak halal la ye....haha....lyan la pe2 yg ade kt blog ni...smbil2 tu follow je la klo teringin.....xde paksaan (mcm la bole pakse....haha)....=)

Segmen Jom Usha Blogger Baru



25 perkara tentang diriku.....=)

blogger baru | org perak | bongsu | lpsn stpm | suke men Bola | Suke men FUTSALsuke men BadMinton | fans MAN UTD | silver state Ultras | xsuke minum kopi | teringin 4wheel drive | minat dgn kaler hijau | senang tido | kidal | semangat muda | minat matematik | pminat JAMBU | suka gelak | minat laksa | t'ingin p oversea | suke simpan syiling | suke j0in segmen kt blog | suke menyakat org | suke lpak | x suke nek moto jauh2....haha

Siapa KAWAN yang baik???

"Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik..kepada kawan baik kita...=)

Wednesday 8 June 2011

RAMA2 DAN CINTA LELAKI

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.”
 Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2  "sampai hati" sesama sendiri.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Wanita ibarat seekor Rama-rama
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai "alat". Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. "WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN"
 
Akhir kata Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denagn penuh kehormatan dan kasih sayang."

Tuesday 7 June 2011

" Adakah CINTA memerlukan Sebab??? ...."

Perlukah??
"Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Wednesday 1 June 2011

Sketsa POLITIK 1 Malaysia

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.
Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang
perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang
pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang
berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu
macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah
kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama
adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu
adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu
mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang
ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya
berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir
terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah
malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu
bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya
sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali
dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.
Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke
bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah
sedang 'membelasah' si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak
terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu
politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu
terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai
golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang
najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik. 


HAHAHA........klo di fikir logik citer ni sgt2 benar dgn suasana politik kotor KERAJAAN negara kita skng....citer ni jgak sdikit sbnyak m'gmbarkan ape yg aku telah post sblum ini dalam entri KANAK-KANAK BELAJAR DALAM KEHIDUPAN.

TAMAT. 


Monday 30 May 2011

SEGMEN | JOIN BLOGLIST ULANWEBLOG.COM


hye...kali ni 1st time aku cube j0in segmen b'sme bl0gger len iaitu blogger cik ulan....sbna nye aku org baru dlm dunia bl0gger ni...aku t'tarik untuk berblog ni sbb nye ingin m'cube sesuatu yg bru...jdi aku harap p'cubaan aku untuk join segmen b'sme bl0gger 1st time ni b'jye serta mendapat perhatian....haha....(menagih simpati da ni)...that's all tenkiu....

Tuesday 24 May 2011

KANAK-KANAK BELAJAR DALAM KEHIDUPAN.

Jika anak itu hidup dengan KRITIKAN 
Ia belajar untuk MENCELA
Jika anak itu hidup dengan KEKERASAN
Ia belajar untuk MENENTANG
Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH
Ia belajar untuk RESAN DIRI
Jika anak itu hidup dalam suasana yang IRI HATI
Ia belajar untuk merasa BERSALAH
Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI
Ia belajar untuk BERSABAR
Jika anak itu hidup dengan GALAKAN
Ia belajar untuk BERKEYAKINAN
Jika anak itu hidup dengan PUJIAN
Ia belajar untuk MENGHARGAI
Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA
Ia belajar untuk berlaku ADIL
Jikaa anak itu hidup dengan KERELAAN
Ia belajar MENYAYANGI
Jika anak itu hidup dalam RESTU
Ia belajar MENYUKAI DIRINYA
Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN
Ia belajar MEMPUNYAI MATLAMAT
Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN
Ia belajar apa itu KEADILAN
Jika anak itu hidup dalam KEIKHLASAN
Ia belajar apa itu KEBENARAN
Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN
Ia belajar MEYAKIN DIRI dan orang sekelilingnya
Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN
Ia belajar bahawa dunia ialah TEMPAT YANG BAIK untuk hidup...