Mengenang pada kisah yang telah aku post sebelum ini iaitu hulurkan tangan ringankan beban, (tpi post ni aku still letak atas sbb sedang digunakan untuk usaha mencari dana tersebut ) terbayang aku pada persoalan yang cukup penting dalam hidup kita. Jadi eloklah rasanya persoalan ini dikongsi bersama bagi sama-sama menginsafi akan diri sendiri. Tatakala kita orang yang muda sering sibuk dengan urusan dunia pernahkah kita terfikir sejenak berapa lama lagi kita dengan dunia ini???Berapa sisa umur yang ada pada diri kita sekarang sebelum menemui ajal.
Tak ada seorang pun yang mengetahui berapa sisa umurnya kerana hal itu merupakan rahsia Allah. Kematian tak dapat dijangka dan diketahui bila waktunya. Seseorang yang sudah uzur dan berpenyakit belum tentu meninggal dunia lebih dahulu daripada seorang pemuda yang gagah dan sihat badannya.
Khalifah Umar bin Khattab r.a pernah diingatkan oleh seorang bendaharawan negara tentang umur ini.
Suatu ketika anak Umar bin Khattab sambil menangis memberitahu kepada beliau bahawa teman-teman sekolahnya mengejek-ejek kerana bajunya penuh dengan tampalan. Ketika Umar bertanya apa yang terjadi, si anak menberitahu bahawa teman-temannya membilang-bilang jumlah tampalan di bajunya sambil berkata :
"Lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal seperti ini ".
Mendengar cerita anaknya Umar bin Kattab merasa sedih lalu ditulisnya sepucuk surat kepada bendaharawan negara untuk meminjam wang sebanyak 4 dirham. Sebagai jaminan Umar menawarkan bendaharawan memotong gajinya di bulan hadapan. Membaca surat Umar tersebut bendaharawan negara mengirimkan surat balasan yang berbunyi : "Wahai Umar, adakah engkau telah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan ? Bagaimana jika engkau mati sebelum engkau melunaskan hutangmu ? Apa yang engkau perkata terhadap hutangmu di hadapan Allah ?”. Membaca surat bendaharawan itu Umar bin Khattab menangis, lalu beliau menasihati anaknya :" Wahai anakku pergilah ke sekolah sebagaimana biasa, kerana aku tidak dapat menngetahui umurku walaupun sejam lagi."
Semoga kita dapat memanfaatkan sisa umur yang ada untuk meningkatkan kualiti ibadah dan menyiapkan bekal sebaik-sebaiknya sebelum menghadap Allah swt.
Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud :
Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan umur yang panjang itu dia gunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang tetapi umur panjang itu mereka gunakan untuk membuat kejahatan dan kerosakan-kerosakan saja ( HR. Ahmad)
Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan kembali apakah amalan-amalan telah kita bekalkan untuk kehidupan selepas mati kelak. Sementara masih ada ruang dan peluang untuk terus hidup di dunia sama-samalah kita berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan semaksima mungkin. Wallahua'alam
0 comments:
Post a Comment