Wednesday, 1 June 2011

Sketsa POLITIK 1 Malaysia

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.
Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang
perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang
pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang
berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu
macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah
kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama
adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu
adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu
mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang
ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya
berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir
terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah
malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu
bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya
sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali
dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.
Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke
bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah
sedang 'membelasah' si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak
terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu
politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu
terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai
golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang
najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik. 


HAHAHA........klo di fikir logik citer ni sgt2 benar dgn suasana politik kotor KERAJAAN negara kita skng....citer ni jgak sdikit sbnyak m'gmbarkan ape yg aku telah post sblum ini dalam entri KANAK-KANAK BELAJAR DALAM KEHIDUPAN.

TAMAT. 


4 comments:

Unknown said...

mantap cara penyampaian anak muda sekarang..mcm nie la kita harapkan..pemimpin masa hadapan..huhu..teruskan...

Nazme said...

haha.....cm pnah dg0r je ayat pemuda harapan ni...haha

Anonymous said...

best jgk crta nie..hehe..

Nazme said...

yup....ceritaa kdai kopi.....hahaha